Info IA1

Minggu, 09 Januari 2011 | By: Firmansyah

INDAHNYA KEMATIAN


Bahagian 1 ~ Panggilan

Biarkan aku terbaring dalam lelapku, kerana jiwa ini telah dirasuki cinta, dan
biarkan daku istirahat, kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam dan
siang.
 
Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dupa nan mewangi di sekeliling ranjang ini, dan
taburi tubuh ini dengan wangian melati serta mawar.
Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa dan olesi kaki-kaki ini dengan
wangian, dan bacalah isyarat kematian yang telah tertulis jelas di dahi ini.
Biarku istirahat di ranjang ini, kerana kedua bola mata ini telah teramat
lelahnya;
 
Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran dan menyejukkan jiwaku;
Terbangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan tabir lara hatiku.

Nyanyikanlah masa-masa lalu seperti engkau memandang fajar harapan dalam
mataku, kerana makna ghaibnya begitu lembut bagai ranjang kapas tempat
hatiku berbaring. 

Hapuslah air matamu, saudaraku, dan tegakkanlah kepalamu seperti bunga-
bunga menyemai jari-jemarinya menyambut mahkota fajar pagi.
Lihatlah Kematian berdiri bagai kolom-kolom cahaya antara ranjangku dengan
jarak infiniti;
 
Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran kepak sayap-sayapnya.
Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal buatku. Ciumlah mataku dengan
seulas senyummu.
 
Biarkan anak-anak merentang tangan-tangan mungilnya buatku dengan
kelembutan jemari merah jambu mereka;
Biarkanlah Masa meletakkan tangan lembutnya di dahiku dan memberkatiku;
Biarkanlah perawan-perawan mendekati dan melihat bayangan Tuhan dalam
mataku, dan mendengar Gema Iradat-Nya berlarian dengan nafasku....

Khalil Gibran

0 comment:

Posting Komentar

Silahkan anda berkomentar jika menurut anda menarik..!!!

Ziddu.Com